Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga anda terus sukses dan bersemangat dalam mengusahakan perniagaan Internet anda.
Dalam email sebelum ini, saya ada janjikan untuk berkongsi tips pemasaran Facebook. Inilah tujuan utama email kali ini.
Seperti yang anda sedia maklum, pada masa kini semua orang ada Facebook. Betul tak?
Facebook merupakan suatu fenomena di mana setiap orang ‘tergila-gilakannya’.
Oleh itu, kita sebagai usahawan Internet tidak harus lepaskan peluang ini untuk kita jalankan pemasaran melalui Facebook. Selain ianya adalah percuma sahaja, anda turut dalam masa yang sama boleh dapatkan trafik yang banyak dalam masa yang singkat.
Ok, untuk melakukan pemasaran melalui Facebook secara lebih berkesan, berikut saya kongsikan bersama anda tips-tips yang boleh anda amalkan:
1. Pastikan Profile anda kelihatan lebih profesional. Jangan letakkan gambar kartun atau yang mengarut. Letakkan gambar sebenar anda. Kalau boleh, anda boleh tempah dengan designer untuk design kan gambar Facebook Profile anda yang lebih profesional.
2. Kerapkan melakukan update Wall Status anda dengan pelbagai tips dan panduan yang bermanfaat berkaitan niche anda. Anda boleh minta rakan-rakan anda Like status anda juga.
3. ‘Add’ rakan-rakan Facebook yang hanya berkaitan dengan niche anda. Caranya mudah sahaja, anda Search fanpage yang mengandungi keyword niche anda. Dari situ, anda boleh Request Friends fans-fans fanpage tersebut.
4. Bina satu fanpage khusus untuk perniagaan anda. Kongsikan Notes, Links dan Video di fanpage tersebut. Jangan lupa juga untuk update Wall Status setiap hari. Anda boleh cuba dapatkan seberapa banyak Like yang boleh.
5. Gunakan teknik Softselling di Facebook. Caranya ialah dengan berkongsi apakah kelebihan dan manfaat yang bakal prospek anda perolehi melalui produk yang ingin anda promosikan. Elakkan mempromosi secara terus dan bertalu-talu. Tekankan kepada manfaat produk anda.
Itulah dia beberapa tips pemasaran Facebook yang efektif sempat saya kongsikan bersama anda kali ini.
Ikhlas,
Mohamad hisham sidek
http://www.facebook.com/hishamsidek