Khamis, 18 Ogos 2011

Perniagaan internet perniagaan masa kini


Salam Sejahtera dan Salam Hormat

Apa khabar anda hari ini? Sihat ke?

Saya doakan agar anda sentiasa bersemangat dalam usaha anda membina perniagaan online anda.

Seperti yang pernah saya janjikan dalam email sebelum ini, saya akan kongsikan bersama anda info dan maklumat bermanfaat berkaitan perniagaan internet.

Untuk kali ini, saya akan kongsikan sesuatu yang asas terlebih dahulu. Ilmu asas adalah amat penting untuk menguasai sesuatu bidang itu. Tanpa asas kukuh, sukar untuk anda menguasai perkara lain yang lebih mendalam.

Baiklah, perkara asas yang saya maksudkan perlu anda tahu ialah “Apa Itu Perniagaan Internet Yang Sebenar”.

Perniagaan internet atau juga orang biasa sebut sebagai Internet Marketing ialah salah-satu jenis perniagaan yang wujud pada masa kini.

Konsepnya sama juga seperti perniagaan sebenar di dunia nyata offline di mana ianya perlukan produk atau perkhidmatan yang nyata untuk ditawarkan oleh anda kepada prospek.

Bezanya ialah mediumnya adalah melalui Internet. Segala aspek promosi, pengurusan pelanggan anda urusan jual-beli hanya dilakukan secara online. Dalam kata lain melalui Internet.

Sebenarnya, perniagaan yang dilakukan melalui online atau Internet, terdapat jauh lebih banyak kelebihan berbanding perniagaan secara offline.

Berikut saya kongsikan bersama anda beberapa kelebihan tersebut:

Dengan medium Internet, anda tidak mempunyai sebarang batasan dari segi pasaran. Pasaran anda adalah pasaran dunia tanpa sempadan!

Jika anda ingin menembusi pasaran luar negara, bila-bila masa sahaja anda boleh. Dengan Internet, anda lebih mudah untuk mengembangkan lagi perniagaan anda ke peringkat antarabangsa. Yang penting anda memiliki laman web berbahasa Inggeris.

‘Kedai’ anda di dunia online di buka selama 24 jam sehari, 365 hari setahun. Selagi laman web jualan anda ‘live’ di Internet, selagi itulah prospek anda boleh melawat laman web anda. Ini akan membuatkan kebarangkalian lebih tinggi untuk anda menjana jualan dengan lebih banyak.

Tak perlu penat-penat keluar mencari prospek dan pelanggan. Dengan perniagaan dan pemasaran melalui Internet, anda hanya perlu duduk depan komputer anda dan lakukan promosi laman web anda. Boleh jimat masa dan duit minyak kerata anda.

Lebih fleksibel. Jika anda masih mempunyai kerja makan gaji sepenuh-masa, anda masih boleh jalankan perniagaan Internet secara separuh-masa. Tak perlu berhenti kerja. Setelah anda pulang ke rumah dari pejabat, pada malam hari, anda boleh peruntukkan hanya beberapa jam sahaja untuk menguruskan perniagaan Internet anda.


Itulah beberapa kelebihan dan pengetahuan asas yang perlu anda ketahui mengenai perniagaan Internet.

Nantikan email saya yang akan datang. Saya akan kongsikan pula berkenaan dengan penjanaan trafik untuk laman web perniagaan anda.

Buat masa ini, saya ingin kongsikan anda satu laman web yang menarik dan saya percaya boleh memberi manfaat buat anda. Ianya berkenaan dengan perniagaan Internet melalui Facebook.

Klik sini untuk melihatnya
--->>http://lubukrahsiaon9

adamin lubukrahsiaon9
 hisham sidek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan