Jumaat, 26 Ogos 2011

perniagaan internet anda akan mati tanpa trafik!


Salam Hormat

Kita bertemu lagi dalam siri newsletter saya ini. Dalam email kali ini, saya akan berkongsi bersama anda perihal mengenai trafik.

Trafik merupakan elemen yang tersangat-sangat penting bagi sesebuah laman web jualan anda dalam perniagaan Internet.

Bak kata pepatah, tanpa trafik, sama lah juga diibaratkan laman web anda seperti kedai yang berada di tengah-tengah hutan belantara.

Tiada sesiapa yang akan datang dan berkunjung ke kedai anda. Betul tak?

Kesan langsungnya ialah tanpa kehadiran pelawat ke laman web anda, maka tiadalah sebarang jualan yang mampu anda perolehi. Jika hal ini berterusan untuk jangka masa yang lama, maka berkubur lah perniagaan Internet anda.

Tips yang perlu anda amalkan ialah, pastikan anda peruntukkan usaha anda sebanyak 80% khusus untuk usaha-usaha penjanaan trafik.

Sebagai contoh, jika dalam masa sehari anda mempunyai 3 jam untuk mengusahakan perniagaan Internet anda, anda perlu menjalankan usaha menjana trafik selama 2 jam setengah. Manakala selebihnya anda boleh gunakan untuk membina laman web anda.

Jika anda mempuyai 10 jam dalam sehari, 8 jam harus difokuskan untuk menarik trafik ke laman web jualan anda.

Seterusnya, dalam penjanaan trafik, terdapat 2 jenis yang boleh dipecahkan. Ianya adalah:

1. Trafik percuma
2. Trafik berbayar

Contoh trafik yang boleh anda jana secara percuma adalah melalui cara seperti blog commenting, bergiat aktif di forum, menulis artikel, menjalankan pemasaran di Facebook, dan upload video ke laman Youtube.

Manakala trafik secara berbayar adalah seperti letakkan iklan banner di laman bertrafik tinggi, pemasaran email, PPC Adwords atau FBAds, serta membeli solo Ads.

Selama pengalaman saya, teknik penjanaan trafik yang paling pantas dan berkualiti tinggi ialah melalui PPC FB Ads. Tapi anda perlu berhati-hati dengan teknik ini, takut rugi.


Klik link dibawah untuk melihat panduan FB Ads tersebut 
--->>http://bit.ly/panduanfacebookmania

Yang Ikhlas,
Mohamad hisham sidek
Admin LubukRahsiaOn9.com
http://bit.ly/rahsiaon9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan